Thursday, 28 February 2013

k e t a w a dan k e c e w a

Ketawa ini
Ketawa ini bukan dari hati
Hati ku sepi
Tak mungkin ketawa lagi
Ketawa tadi
Sekadar menghiburkan diri
Tapi semua tidak menjadi
Hati ku tetap begini.
Mengapa harus terjadi
Kisah kita di dalam diari
Tidak berganjak dari memori
PERGI PERGI PERGI
Jangan terus di sini
Tidak mahu kecewa lagi
Oleh janji yang dimungkiri.
Detik ini,
Tidak mungkin ku percaya lagi
Apa jua kata janji
Agar tidak k e c e w a lagi.

Wednesday, 27 February 2013

keliru.

Hidup ku keliru
Sentiasa dibebani masalah
Sentiasa berhadapan dugaan
Pergi satu datang yang lain
Hidup ku keliru
Harus sentiasa membuat pilihan
Selalu pula tersalah pilih
HIDUP KU KELIRU
Didatangi kecewa
Dikecewakan dan mengecewakan
k e c e w a  berharap
Aku tidak pandai
Menjaga hati apa lagi memahami
Sentiasa salah sentiasa silap
Dicaci maki berkali
Hinanya rasa setiap kali
Terasa ingin membawa diri
Pergi tak lagi kembali
Selamat tinggal pilu di hati
Usah kembali menginap di sini
Maaf, tak mampu bertahan
Terpaksa juga ku turut hati
Sekian lama memendam rasa
Sudah berat bertan
Tak mampu ku tahan lagi
Ku mohon ampun dari semua.

Aku tak mampu bertahan lagi.