Sunday, 17 June 2012

Bahana Meninggalkan Solat

Untuk peringatan BERSAMA (:


Subuh

Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun..? Sahabatku, tahukah anda 1 tahun di akhirat tidak sama dengan 1 tahun di dunia.. 1 tahun di akhirat bersamaan 60, 000 tahun di dunia.. 1 tahun di dunia pun sudah terasa lama, apatah lagi 60,000 tahun..? 

Zohor

Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim... Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka.. Apatah lagi membunuh 1000 orang muslim.. Bayangkanlah.. Betapa azabnya kita.. Ya Allah..! Begitu mudah kita mencari dosa tersebut dengan HANYA meninggalkan solat Zohor.. 

Asar

Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah.. Sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam..? Kejamnya..! Renungkan sudah berapa kali kita meninggalkan solat Asar.. DAN renungkan sudah berapa kali kita meruntuhkan Ka'abah... Astaghfirullah

Maghrib

Dosa sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.. Bayangkan.. Begitu besar dosa orang yang berzina.. Inikan pula berzina dengan ibu bapa sendiri.. 

Isya'

Allah SWT berseru kepada mereka "Hai orang yang meninggalkan solat Isya', bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menguunakan nikmat-nikmatKu, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT." Sahabat sekalaian, ketika anda membaca entri ini, anda masih menyedut udara/oksigen untuk bernafas.. Adakah udara itu milik anda..? Adakan udara itu diredhai Allah SWT..? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita bernafas, pasti ramai yang akan tersedar dari tidur.. Jika udara/oksigen perlu dibayar setiap bulan..? Renungkan..

Renung renugkan dan selamat beramal.. huhu..(:
"Sembahyanglah anda, sebelum anda disembahyangkan"
Sekian, 
Assalamualaikum 

Saturday, 16 June 2012

Tips Bersangka Baik Terhadap Manusia

Assalammualaikum

Jika engakau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.. Ucapkanlah dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika engkau bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

Jika engakau bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu :
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika engkau bertemu orang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu :
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah kucapai, menetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tantu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka ucapkanlah dalam hatimu :
"Aku tidak tahu keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Rasulullah bersabda : 
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan paling dusta" (HR. Muttafaqun alaihi)

Sekian,
assalammualaikumwarrahmatullahhiwabarokatuh