Tuesday, 29 May 2012

Sifat Sifat Mazmumah

menurut Imam al-Ghazali, antara sifat sifat mazmumah ialah :

Gemar Makan dan Minum
terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
"Yang terlebih afdal (utama) pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti).. Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum."
Mereka yang sesalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat..

Banyak berkata kata (yang sia sia)
Bercakap yang sia sia telah menjadi lumrah manusia... mengumpat, menghina, bertengkar dan berdusta...
Firman Allah SWT yang bermaksud :

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau membuat makruf, atau mendamaikan antara manusia.
(Surah al-Nisa' : 114)
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesiapa beriman kepada Allah pada hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja"
Marah
Marah berpunca daripada sikap kurang kesabaran.. Orang yg bersikap sedemikian selalu didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.. Orang yang pemarah ini sering mewarisi sifat sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dll..
Rasulullah menganjurkan orang yang bersifat pemarah supaya  berwuduk supaya reda kemarahannya
Islam tidak manghalang umatnya mempunyai sifat marah dalam hal hal tertentu..Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka.
(Surah al Tahrim : 9)
Hasad, Dengki dan Iri Hati 
Sifat sifat yang lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan sifat itu terhapus daripada orang tersebut.. Hadis yang diriwayatkan oleh Nabi SAW yang bermaksud :
"Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu."
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Sekiranya kamu mandapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya.
(Surah Ali 'Imran : 120)
Seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri), mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita.. Mudah mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak...

Kasih Kepada Harta
Islam menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat dan membelanjakan harta di jalan Allah..
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan okeh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian, maka tergolonglah di kalangan orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun: 9) 
Takbur
Firman Allah yang bermaksud :
Apabila dikatakan padanya: "Takutilah Allah," ia lalu dipengaruhi oleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa, cukuplah neraka Jahanam (sebagai balasannya).(Surah al-Baqarah : 206) 
Antara sebab yang membawa seseorang itu kepada sifat takbur atau menyombongkan diri ialah nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat..
menghindari sifat takbur : Amalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan membanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masayrakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal..

Riyak
Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan...Riyak yang nyata seperti menunjuk nunjuk dalam amal ibadat dan riyak yang tersembunyi ialah beratnya hati untuk beralamal apabila bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila ada orang lain yang menyaksikannya..
Hadis yang diriwayatkan oleh Nabi SAW yang bermaksud :
"Serendah rendah riyak adalah syirik"
Umat Isalm perlu berhati hati supaya tidak bersifat riyak dan sebaik baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang..

Ujub
Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri..Berkait rapat dengan kelebihan seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dll..
"sifat ujub boleh diatasi dengan sentisa berfikir bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini"

Kasih Akan Dunia
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati..
Firman Allah yang bermaksud :
Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah megah antara kamu dan berlumba lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.(Surah al-Hadid : 20)
Allah SWT telah menjelaskan dalam firmanNya yang lain bahawa segala yang dijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia bagi menilai baik buruknya amalan seseorang itu...


Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya, mengenali rahsia dirinya dengan sebaik baiknya, mengenali hikmah dan rahsia dunia ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat... Pasti kecintaan yang melampaui batas (over) terhadap kehidupan dan keindahan duniawi yang SEMENTARA ini akan terhapus... (: